ShareThis

Monday, February 21, 2011

Detik Cemas



Tanggal 31 Disember 2010
,
bermulalah segalanya. Jam di dinding rumah aku menunjukkan jam 4.00 pagi semasa aku dikejutkan oleh Nadia. Kelam Kabut cket masa tue coz aku pun first time alami benda nie...Nadia mengadu yang ada darah keluar dari rahimnya. so aku bersama mak mertua ku bergegas ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Nadia ditahan di wad bersalin, dan aku pulang ke rumah. Jam 8.00 pagi Nadia call dan tell me that dia akan dimasukkan ke Labor Room jam 8.30pagi. Pecut RJ9400 aku ke hospital. Sempat juga aku singgah isi petrol dan beli roti utk Isteri tersayangku ini. Setibanya aku di sana, aku terus call Nadia dan tunggu dia di kaunter wad bersalin. Sempat aku menyuap makanan dalam mulutnya walaupun dia sakit sgt. Terketar2 dia mengunyah dan menelan roti yang aku bawa.

Iphone Nadia aku ambik dan gantikan dengan Nokia, barang2 kemas Nadia semua dia serahkan pada aku. Melangkah dengan perlahan sambil dipapah aku ke pintu wad. Sempat aku bisikan pada telinga nya. "Sayang, i Halalkan makan minum u selama kita bersama dan i ampunkan segala dosa2 u pada i. U mesti boleh buat and i nak u buat sebaik mungkin. Jgn sesekali mengaku kalah. Insyaallah... I LOVE YOU MOST!!!". Nadia menitis air mata sambil memeluk erat aku... Masa nie aku cool giler tapi dalam hati Allah saja yang tahu perasaanku. Nadia terus melangkah masuk ke dalam sambil dipapah oleh kak nurse yang baik hati.

Aku menunggu di sana seorang diri...ditemani oleh beberapa makcik2 dan pakcik2 yang menunggu kelahiran cucu2 mereka....

Bersambung...