ShareThis

Monday, December 24, 2012

TRIP RAHSIA 2nd DAY





TANAH LOT, BALI
#TripRahsia 2nd Day kami adalah menuju ke Tanah Lot dan Uluwatu. Perjalanan ke TANAH LOT mengambil masa lebih kurang 1jam dari penginapan kami dengan menaiki Unser katanya....Oleh kerana nak tgk sunset di Uluwatu, kami terpaksa berkorban dgn tiadanya sunset di Tanah Lot (bukan main panas lagi masa di Tanah Lot)...mujurlah air dah start pasang...cantik la jugak Tanah Lot ni. Aku dapat membayangkan keindahan Tanah Lot ni jika sunset...tapi apakan daya... Lepas abis jelajah ke Tanah Lot, kami terus ke Uluwatu...perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam. Sampai tertidoq la aku dalam unser tu! Yang xbestnya ttg Bali ni...jalan JEM GILER! Nyampah aku!


SHANTIKKKK! (BUKAN KAU ALI! YANG BLKG TU!)

POSE OF THE YEAR

TANAH LOT, BALI (AIR DAH START PASANG)
Sampai ke ULUWATU, tetiba kena plak pki skirt ungu tu...hmmm layankan... depa kata monyet kat situ hardcore sikit...so hati2 la...(tp mmg betoi pun!)...Masuk ke dalam Uluwatu tu kena byr...tapi aku xigt berapa coz tgh mamai... Setibanya aku kat dalam perghhh mmg benar bagaikan kelu lidahku...CANTIK Subhanallah! Permandangan situ rasa aku macam nak tidoq ja kat tepi tebing tu...rasa berbaloi sgt! Tapi ada kwn aku sorang ni takut tinggi...snap pic pun jauh dari tebing...hihi...tapi mmg xde safety kat situ tau...klu g sana bawak anak2, jaga2 lah...silap haribulan leh terjatuh tu...tinggi kot!
MONYET PUN MINUM SPRITE!

ULUWATU, BALI

TEPI TEBING ULUWATU, (TINGGI Oiii!)
STYLE BRO!
SUBHANALLAH CANTIK TEMPAT NI!

SEDANG SURVEY UNTUK TANAH JAJAHAN

INDAHNYA CIPTAAN MU YA ALLAH! SUBHANALLAH...

TRIP RAHSIA 1st DAY

#TripRahsia yang digembar-gemburkan sebelum ini oleh 4 sahabat telah terlaksana. (Rahsia la sgt!)

Kami tiba di lokasi pada 30 November 2012 lebih kurang jam 2.00petang (waktu Malaysia)... sebenarnya sama je waktu Malaysia and lokasi trip rahsia ni (BALI...kan dah bgtau...so #BukanTripRahsia.)

4 sahabat yang dimaksudkan adalah terdiri dari Produser terkenal Shawn Amer, Atlit Sepak Takraw Negara iaitu Ali Al Hamidi, DeeJay HOTfm Khairul Anuar Azmi dan diri aku sendiri.

KAMI DI MEMORIAL PENGEBOMAN BALI

#TripRahsia ini sememangnya dirancang last minit tapi kami dah ada tentatif program dah (almaklum lah bercuti dgn geng2 produser...perancangan perjalanan mmg penting).

For the 1st day setibanya kami di Bali, kami ronda2 dulu Bandar Kuta (cuci mata sat...)... dari petang membawa lah samapi ke malam. Benda yang wajib dibuat di sini selepas penat meronda adalah massage...(kami buat massage kaki je..)

Sila lah tatap beberapa keping gambar kami di bawah untuk hari pertama ni.

 MERONDA BANDAR KUTA, BALI

 
 MINUMAN KEGEMARAN KU DI SANA

ALI : I AM GAY!

SEKITAR BANDAR KUTA

AKSI AKU DAN ALI

AKSI KEDUA. CREDIT TO : NUAR

MASSAGE TIME!



Friday, December 7, 2012

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup UniMAP/Perlis 2012

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Perlis
Anjuran Kelab Sepak Takraw UniMAP
15 Disember 2012 (Sabtu)
Dewan Jabatan Belia Dan Sukan Perlis

Johan : RM600
Naib Johan : RM400
Ketiga Bersama : RM250

Yuran Pendaftaran : RM50

Syarat :
1. Warganegara Malaysia. Warga Perlis / Bermastautin di Negeri Perlis sekurang-kurangnya 6 Bulan.
2. Hanya seorang (1) pemain berstatus negeri/negara yang pernah beraksi untuk Piala Emas Khir Johari (dari tahun 2010 hingga sekarang) layak untuk setiap regu. Pemain SUKMA tidak dikira sebagai pemain negeri.
3. Regu hendaklah didaftar sekurang-kurangnya Tiga (3) orang setiap regu dan maksima Empat (4) orang setiap regu.

Kiraan Mata :
15 Mata (Best of 3) Peringkat Kumpulan
15 Mata (Best of 5) Suku Akhir hingga Akhir