ShareThis

Tuesday, March 1, 2011

Muhammad Adam Ar Rayyan



Hari Jumaat, penghulu segala hari. Tepat jam 11.28a.m. "Uwek....uwekkk!" lahirlah seorang lagi khalifah Allah di muka bumi nie... Kakak MC tue keloi "sapa suami Nur Nadiah Jalil, haaa pi amek ayaq semayang lekaih...kluaq dah nie." Aku jadi blurr sat... pastu rasa sangat2 bersyukur pada Illahi. xsangka aku dah jadi bapak org dah... eh lupa plak nak amek air semayang...sat noo..

Yang lawaknya masa nak Azan kat telinga Rayyan tu, aku xreti nak angkat Rayyan... aku toleh blkg tgk kak MC tue dgn harapan dia bley tlg ajaq aku angkat Rayyan. Kak MC tue sambil cekak pinggang suruh aku "Bang" ja dalam keadaan baby dalam bekas kaca tue...apa lagi aku...

"Ehemmm...Allahuakbar.. Allahuakbar..."

selesai sudah, baru aku teringat Nadia... "erkkk Kak MC, isteri saya mcm mana?". Kak MC sengeh ckp Alhamdulillah dua2 selamat dan minta aku tunggu kt luar coz nak bawak ibu and baby ke wad sebelah. Kak MC tue bawa Rayyan utk hirup oksigen katanya...

Aku sgt2 bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana memberiku seorang cahaya mata yang sgt comel dan sempurna sifatnya dan mempermudahkan perjalanan proses bersalin tanpa sebarang komplikasi. Thanks Allah! I Love You Most!

tapi aku Mohon Ampun kerana hari Jumaat tue aku terlepas solat Jumaat... Maafkan aku...